Assalamualaikum..
Hmm...malam ni tidur dengan kaki berlumur dengan halia yang ditumbuk oleh mak saya..supaya nanti tidur angin bengkak dekat kaki tu hilang..sayangkan mak saya pada saya?? serius terharu~
Esok insyaAllah dah nak bergerak balik ke Johor dah..cepatnya masa berlalu tup tup dah nak dekat seminggu cuti..macam mana ni kaki still bengkak lagi..Harap-harap makin pulih..Isnin dah mula kuliah balik..Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan! huh tak tahu macam mana nak menghadapi hari yang mendatang..Sentiasa berharap yang Allah tak meninggalkan diri ini berseorangan walau pun sedetik atau detik waktu yang lebih singkat lagi..
Sepanjang cuti ni along berterima kasih sangat pada adik-adik along yang sudi bantu along yang tak seberapa upaya ni..tak kisahlah dalam keadaan terpaksa atau sukarela hehe ^^ Terima kasih sangat along sayang korang dunia akhirat lah!! Maaflah kalau sepanjang keberadaan along menyusahkan korang :( tapi along tahu korang adik-adik yang baik ^^
Kalau tak disebabkan dah dua bulan lebih tak balik rumah , kalau tak disebabkan raya..mungkin .. mungkin lah saya duduk kat rumah diam-diam berehat , tak keluar pergi berjalan beraya.. Mungkin juga kaki saya dah sembuh..mungkin laa..mungkin je.. Tapi takpe saya tak menyesal pun..^^ sebab hari ni hari raya :) ..adatlah pergi beraya takkan nak duduk terperap je dekat rumah kan?kan? Apa-apa pun saya harap kaki ni cepatlah sembuh dan kembali bertugas yea..hehe :D
Doakan saya cepat sembuh yea ^^, Thanks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan